Tuesday 11 September 2012

Pertambahan waktu kerja guru

Pertambahan waktu kerja guru 9 jam...

Isu ini sering dibangkitkan oleh ibubapa dan masyarkat di luar sana  yang mana tidak menyelami profesion ini. Hakikatnya, selama ini waktu kerja guru sememang sudah lebih dari 9 jam. Turun ke sekolah seawal pukul  pagi. Masa kerja guru sangat fleksibel. Di sekolah, kerja mengajar bukan hanya setakat bercakap malah guru terpaksa membuat persediaan yang lengkap iaitu menyediakan BBM, rancangan pengajaran harian, urusan pengkeranian dan sebagainya. Waktu rehat cuma 20 minit sahaja. malah, kekadang tak sempat hendak bersarapan, masuk ke kelas semula. Kerja kerja selain mengajar banyak di buat di rumah berbanding anggapan sesetengah pihak yang beranggapan kerja guru hanya setakat jam 1 tengahari( bagi sesi pagi). Pada sebelah petang pula, para guru terpaksa turun ke sekolah bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum.
 Tambahan lagi, baru baru ini, kementerian memperkenalkan  sistem aplikasi secara atas talian untuk mengisi markah peperiksaan. Pada awalnya, atas masalah server ramai guru terpaksa membuat kerja kerja memasukkan markah pada tengah malam dan lewat pagi gara gara ingin mengelakkan kesesakan yang menyebabkan kerja terbengkalai. Namun kini, sistem aplikasi ini sudah beroperasi dengan baik walaupun belum  memuaskan. Jadinya pada masa itu, kerja terpaksa di buat pada waktu waktu yang di perlukan untuk rehat dan bersama keluarga. beban tugas yang paling besar adalah mendidik pelajar dan murid. Mendidik dalam erti kata sebenarnya ialah membentuk disiplin, keperibadian dan sahsiah pelajar.

Ketika musim cuti sekolah pula, guru akan bergilir-gilir "menjaga sekolah". Ada pula guru yang akan mengikuti kursus pada waktu cuti sekolah. Jika dibandingkan dengan pegawai lain, guru cuma mempunyai cuti tahunan sebanyak 7 hari berbanding pegawai di dalam pejabat yang cuti tahunan mencapai 30 hari setahun.  Manakala, cuti sekolah pula tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana perlu kembali semula ke sekolah walaupun secara bergilir-gilir.

Begitu juga dengan tugas tugas guru seperti aktiviti kokurikulum yang memerlukan guru berada di sekolah yang tidak mengenal hari dan masa termasuklah  di cuti hujung minggu. Guru tidak merungut mengenai kerja ini.  Namun, anggapan pihak luar yang sering mempersoalkan guru adalah sangat jengkel dan bercakap ikut sedap mulut dan tanpa maklumat yang betul. Adakah mereka benar benar memahami dan berada di lingkungan kerja guru?

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Kebelakangan ini banyak isu yang memperkatakan mengenai tugas seorang guru terutama berkenaan waktu bekerja yang dikatakan pendek berbanding penjawat awam yang lain. Hal ini kerana tugas guru bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Masyarakat hanya memandang secara luaran tanpa pernah mendalami tugas hakiki seorang guru dan terus mudah menjatuhkan hukuman.

    Walaupun secara hakikinya tugas guru berakhir seawal jam 2 petang, namun ia hanyalah berakhirnya proses p&p di dalam kelas. guru sebenarnya masih terikat dengan tugas di sekolah sama ada dengan kelas tambahan, program kokurikulum dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini adakalanya mengambil masa sehingga 6 petang dan nyata ia melebihi waktu bekerja penjawat awam yang lain. Namun begitu, hal seumpama ini tidak langsung dipandang oleh masyarakat di luar sana kerana meraka hanya mengatakan guru bekerja separuh hari.

    Selain itu, tugas guru tidak hanya terhad kepada mengajar sahaja kerana banyak tugas-tugas pentadbiran yang perlu dilakukan oleh guru. hal-hal pengurusan kelas, yuran sekolah, masalah disiplin anak murid merupakan antara bebanan tugas guru selain selain dari mengajar. Terlalu banyak kerja-kerja perkeranian yang harus dilakukan sendiri oleh guru tanpa bantuan sesiapa. Walaupun ianya kelihatan remeh dan ringan, namun apabila ia terpaksa dilakukan sewaktu tempoh persekolahan, ia tetap menjadi beban kepada guru tersebut kerana guru bukan setakat masuk ke kelas untuk mengajar semata-mata, namun harus menyediakan perancangan pengajaran dan bermacam-macam perkara lagi.

    Seringkali juga seorang guru terpaksa membawa pulang kerja-kerja di sekolah ke rumah kerana kekangan yang dihadapi untuk menyelesaikannya di sekolah. isu terbaru adalah memasukkan markah menerusi SAPS yang mana ianya pernah menjadi satu topik yang hangat diperkatakan. Hal ini kerana sistem tersebut tidak beroperasi dengan baik sehingga guru terpaksa berjaga sehingga tengah malam hanya demi memasukkan markah pelajar. Selain memasukkan markah, guru juga bertanggungjawab menyediakan soalan peperiksaan, menanda kertas soalan, menanda buku latihan dan banyak lagi sehingga menjadi perkara biasa kerja-kerja ini dilakukan di rumah.

    Saya merasakan isu waktu kerja guru ini tidak seharusnya dipertikaikan kerana tugas guru tidak setakat mengajar di dalam kelas malah terikat dengan tugas-tugas khas yang lain sama ada berkaitan dengan pentadbiran, kokurikulum dan lain-lain lagi. Tanggungjawab guru juga amat besar terutama apabila melibatkan aktiviti luar sekolah di mana keselamatan pelajar adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab guru.

    ReplyDelete
  2. Bukan nak merungut atau mengadu, tapi ia adalah satu keistimewaan yang dianugerahkan kepada jasa guru. Bukannya hendak memperkecilkan profesion penjawat awam yang lain, tetapi guru punya tugas yang banyak. orang yang mengatakan guru tak banyak kerja, dia tak pernah kerja jadi guru. saya pernah menjadi GSTT di Sarawak selama 4 tahun. kerja sebagai guru, tidak hanya di dalam bilik darjah sahaja, tetapi melibatkan guru aktif dengan aktiviti luar seperti aktiviti unit beruniform termasuk perkhemahan. itu baru aktiviti luar. saya tak sebut lagi guru sebagai kerani. bagaimana pula dengan guru yang kerja sebagai guru data? key-in data murid, bila pula nak buat Rancangan Harian? tak boleh kata guru kerja sikit tapi gaji besar. guru kerja banyak. bukan bias, tapi kenyataan memang begitu sebab saya pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), jadi saya bercakap tentang pengalaman saya sendiri jadi guru. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

fullmusic