Tuesday 11 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

“Pendidikan era futuristik”. Begitulah headline di semua akhbar pada 12 Sept 2012 bila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Pelan Pembangunan Pendidikan semalam. Terdapat 11 anjakan fokus  yang terkandung dalam PPPM 2013-2025 itu yang bakal menyaksikan satu anjakan besar sekiranya dilaksanakan dengan cekap.PPPM ini akan memberi penekanan sangat tinggi kepada aspek kualiti selain soal akses, perpaduan dan kecekapan. setiap pelajar akan mempunyai kemahiran mempimpin, kemahiran dwibahasa, kemahiran berfikir, etika dan kerohanian, identiti nasional dan ilmu pengetahuan.

11 Pelan pembangunan Pendidikan 2013-2025 ialah:-
1.Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa dengan pelancaran KSSM dan KSSR yang disemak pada 2017.

2.Memastikan setiap pelajar fasih dalam Dwibahasa dengan meluaskan program LINUS dalam BI.

3.Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni

4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan

5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejbt Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu megikut keperluan

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN

3 comments:

  1. Merujuk artikel Harian Metro pada 12 Sept 2012 berkaitan PPPM, saya dapati bahawa ia adalah suatu perancangan yang agak baik terutamanya memperkasakan bahasa. Kurikulum BM yang standard akan diperkenalkan peringkat rendah. Walaubagaimanapun, meluaskan program LINUS supaya meliputi Bahasa Inggeris rasanya agak sukar dilaksanakan memandangkan murid LINUS majoritinya masih tidak menguasai 3M ( Bahasa Melayu ) dengan baik apatah lagi jika ditambahkan dengan unsur Bahasa Inggeris.
    Idea dwibahasa memang agak baik untuk dilaksanakan ke atas murid arus perdana. Namun harus difikirkan apakah kesan terhadap murid istimewa dan murid pemulihan.

    Terima kasih,
    Kelly Esoi...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik kepada anjakan yang ke7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pada pendapat saya, perlaksanaan program ini memerlukan bajet yang sangat tinggi sekiranya ingin memperluaskan ICT ke seluruh Malaysia terutamanya ke kawasan pedalaman. Perluasan ICT memang tidak mustahil bagi sekolah di bandar dan luar bandar. Namun, hal ini akan menghadapi masalah sekiranya ingin diperluaskan ke kawasan pedalaman. Ketidakseimbangan penyebaran ICT ini pula akan membawa impak kepada sekolah pedalaman yang akan terus terpinggir daripada arus pembangunan pendidikan. Pada pendapat saya, isu paling utama yang harus diselesaikan di sekolah pedalaman ialah pembekalan keperluan asas iaitu elektrik dan air.

    sekian,
    Sarah George

    ReplyDelete

fullmusic