Tuesday 11 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

“Pendidikan era futuristik”. Begitulah headline di semua akhbar pada 12 Sept 2012 bila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Pelan Pembangunan Pendidikan semalam. Terdapat 11 anjakan fokus  yang terkandung dalam PPPM 2013-2025 itu yang bakal menyaksikan satu anjakan besar sekiranya dilaksanakan dengan cekap.PPPM ini akan memberi penekanan sangat tinggi kepada aspek kualiti selain soal akses, perpaduan dan kecekapan. setiap pelajar akan mempunyai kemahiran mempimpin, kemahiran dwibahasa, kemahiran berfikir, etika dan kerohanian, identiti nasional dan ilmu pengetahuan.

11 Pelan pembangunan Pendidikan 2013-2025 ialah:-
1.Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa dengan pelancaran KSSM dan KSSR yang disemak pada 2017.

2.Memastikan setiap pelajar fasih dalam Dwibahasa dengan meluaskan program LINUS dalam BI.

3.Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni

4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan

5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejbt Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu megikut keperluan

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN

Pertambahan waktu kerja guru

Pertambahan waktu kerja guru 9 jam...

Isu ini sering dibangkitkan oleh ibubapa dan masyarkat di luar sana  yang mana tidak menyelami profesion ini. Hakikatnya, selama ini waktu kerja guru sememang sudah lebih dari 9 jam. Turun ke sekolah seawal pukul  pagi. Masa kerja guru sangat fleksibel. Di sekolah, kerja mengajar bukan hanya setakat bercakap malah guru terpaksa membuat persediaan yang lengkap iaitu menyediakan BBM, rancangan pengajaran harian, urusan pengkeranian dan sebagainya. Waktu rehat cuma 20 minit sahaja. malah, kekadang tak sempat hendak bersarapan, masuk ke kelas semula. Kerja kerja selain mengajar banyak di buat di rumah berbanding anggapan sesetengah pihak yang beranggapan kerja guru hanya setakat jam 1 tengahari( bagi sesi pagi). Pada sebelah petang pula, para guru terpaksa turun ke sekolah bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum.
 Tambahan lagi, baru baru ini, kementerian memperkenalkan  sistem aplikasi secara atas talian untuk mengisi markah peperiksaan. Pada awalnya, atas masalah server ramai guru terpaksa membuat kerja kerja memasukkan markah pada tengah malam dan lewat pagi gara gara ingin mengelakkan kesesakan yang menyebabkan kerja terbengkalai. Namun kini, sistem aplikasi ini sudah beroperasi dengan baik walaupun belum  memuaskan. Jadinya pada masa itu, kerja terpaksa di buat pada waktu waktu yang di perlukan untuk rehat dan bersama keluarga. beban tugas yang paling besar adalah mendidik pelajar dan murid. Mendidik dalam erti kata sebenarnya ialah membentuk disiplin, keperibadian dan sahsiah pelajar.

Ketika musim cuti sekolah pula, guru akan bergilir-gilir "menjaga sekolah". Ada pula guru yang akan mengikuti kursus pada waktu cuti sekolah. Jika dibandingkan dengan pegawai lain, guru cuma mempunyai cuti tahunan sebanyak 7 hari berbanding pegawai di dalam pejabat yang cuti tahunan mencapai 30 hari setahun.  Manakala, cuti sekolah pula tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana perlu kembali semula ke sekolah walaupun secara bergilir-gilir.

Begitu juga dengan tugas tugas guru seperti aktiviti kokurikulum yang memerlukan guru berada di sekolah yang tidak mengenal hari dan masa termasuklah  di cuti hujung minggu. Guru tidak merungut mengenai kerja ini.  Namun, anggapan pihak luar yang sering mempersoalkan guru adalah sangat jengkel dan bercakap ikut sedap mulut dan tanpa maklumat yang betul. Adakah mereka benar benar memahami dan berada di lingkungan kerja guru?

Tuesday 4 September 2012

Penjenamaan Semula Tingkatan 6


Khamis, 05 July 2012 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendidikan tingkatan enam akan melalui penjenamaan semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan sistem pendidikan pra universiti seperti di kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Timbalan Perdana Menteri berkata antara langkah-langkah yang akan diambil ialah memisahkan para pelajar berkenaan dari sekolah-sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian khas untuk tingkatan enam.

"Kami sedang memikirkan untuk menyatukan tingkatan enam,menggunakan pakaian yang berbeza, jadual waktu yang tidak sama, guru yang tidak sama, kategori yang lain sedikit (secara perbandingan dengan sekolah biasa)," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi menjayakan cadangan itu, pelajar-pelajar tingkatan enam wajar ditempatkan di pusat-pusat pengajian khas kerana bilangan mereka kini bertaburan di seluruh negara belajar dalam satu atau dua kelas di sekolah-sekolah tertentu.


Langkah untuk memisahkan pelajar tingkatan enam dari sekolah biasa juga selaras dengan kedudukan mereka sebagai pelajar pra universiti.

Umum pada masa ini melihat pendidikan tingkatan enam adalah kesinambungan daripada pendidikan tingkatan lima sedangkan mereka enam adalah dalam kategori yang berbeza dan lebih matang daripada segi pemikiran, katanya.

Masyarakat, katanya, tidak harus melihat bahawa pendidikan matrikulasi mempunyai kelebihan kerana ada masanya, pencapaian pelajar tingkatan enam malah lebih cemerlang daripada pelajar matrikulasi.

Sehubungan itu pelajar-pelajar lepasan SPM harus juga melihat bahawa pendidikan tingkatan enam juga merupakan antara pilihan terbaik untuk pendidikan pra universiti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan dalam sistem pendidikan tingkatan enam telahpun dimulakan tahun ini melalui sistem pembelajaran tiga semester namun secara perbandingan pelajar matrikulasi menamatkan pengajian mereka enam bulan lebih awal.

Ditanya tentang kemungkinan pendidikan tingkatan enam dipendekkan enam bulan lebih awal supaya bersamaan dengan tempoh pembelajaran di kolej matrikulasi, beliau berkata perkara itu akan dikaji oleh Kementerian Pelajaran.

fullmusic