Monday 23 July 2012

Pendidikan Tingkatan 6 Alami Proses Penjenamaan Semula

Salam 1 Malaysia...

Bagi posting kali ini, kami ingin menyentuh mengenai isu pendidikan tingkatan 6 yang sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan di peringkat kementerian. Seperti yang kita tahu, pelajar yang memilih untuk  menyambung pengajian di tingkatan 6 akan ditempatkan di sekolah tertentu dan memakai uniform sama seperti pelajar sekolah yang lain. Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendidikan tingkatan 6 akan melalui penjenamaan semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan sistem pendidikan pra universiti seperti di kolej matrikulasi dan juga pusat asasi sains.

Antara langkah yang diambil dalam usaha penjenamaan semula tingkatan 6 ialah mengeluarkan mereka dari sekolah-sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian khas untuk tingkatan 6. Pihak kementerian mencadangkan agar pelajar tingkatan 6 ini dibezakan dengan pelajar-pelajar sekolah yang lain dari segi pakaian, jadual waktu, guru yang mengajar dan berbeza kategori dengan pelajar sekolah yang lain. Langkah ini diambil selaras dengan kedudukan mereka sebagai pelajar pra universiti. 

Masyarakat sering memandang pendidikan di tingkatan 6 sebagai sambungan kepada pendidikan tingkatan 5 sedangkan tingkatan 6 adalah dalam kategori yang berbeza dan mereka mempunyai pemikiran yang lebih matang. Selain itu, masyarakat juga sering melihat pendidikan matrikulasi adalah jauh lebih baik berbanding tingkatan 6 tetapi adakalanya pencapaian pelajar tingkatan 6 mengatasi pelajar matrikulasi. 

Perubahan dalam sistem pendidikan tingkatan 6 telah dimulakan pada tahun ini melalui sistem pembelajaran tiga semester di mana pelajar tingkatan 6 lewat 6 bulan dalam menamatkan pengajian berbanding pelajar matrikulasi. Terdapat juga cadangan yang meminta agar pelajar tingkatan 6 menamatkan pengajian serentak dengan pelajar matrikulasi begitu mengurangkan tempoh pengajian kepada 2 semester. Namun begitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa perkara itu akan dikaji oleh Kementerian Pelajaran.

2 comments:

  1. isu ini memang sdg hangat skrg...pendapat saya, banyk faktor dan kesan yg perlu diambilkira sebelum melaksanakan perubahan ini....apa kata kwn2?

    ReplyDelete
  2. Ting. 6 sememangnya tlh mengalami rombakan sistemnya sejak tahun 2004 di mana pada tahun tersebut telah dimulakan sistem pointer utk STPM...hal ini menunjukkan bahawa pada masa tersebut langkah-langkah untuk menyamatarafkan STPM dgn sistem pointer di Universiti...

    ReplyDelete

fullmusic