Tuesday 24 July 2012

Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.

1.      “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”.
-          Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia.
-          Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan
-          Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya.
-          berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.      memperkembang potensi individu.
-Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani.
Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap.
a)Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat.
b)Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.
c)Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan.
d) unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
 -Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan    
   individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap  
   potensi yang ada dalam diri individu tersebut.

 4.  insan yang seimbang dan harmonis.
        Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya.
        Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu.
        Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepat.

5.   kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
- Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.
6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
-   Berilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa bersedia
     berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. 
 - Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu
    pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan  
    menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
  - iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir
    dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif.
 - Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan  
   amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan
   bersesuaian dengan kehendak.


8.Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
  - dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu yang baik  mana satu yang buruk.
  - Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan    
    yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam  
     rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

9. Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna - unsur rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
- Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan.

 10.  Rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain

11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara.
- Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan.
- Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita.

Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment

fullmusic